pwincessAJA~M-E-A!~: 2013

HAILA!

free page hit counter
online

Friday, December 6, 2013

The Awkward Moments..

Kadang-Kadang aja rasa tak nak jumpa orang-orang yang pernah aja kenal sebelum ni..Sebab aja tak nak hadapi soalan-soalan yang boleh buat hati aja sebak dan sedih..Tapi dunia ni kecil dan ini kehidupan yang harus kita hadapi..

Semalam aja rasa macam.."Ya-Allah,adakah aku mampu hadapi dan lalui semua ni?"

Semalam punya cerita..

Aja terjumpa junior aja masa high school dulu dekat surau Kementerian Dalam Negeri(KDN) Jalan Duta..Masa tu aja nak solat zuhur..Dia tanya aja kerja kat situ ke?Aja jawab tak,aja teman ayah mertua buat passport..Dia tanya aja dah kahwin ke?Aja jawab lama dah sambil senyum..Kemudian dia kata,mesti akak dah ada baby kan..Ok,itu adalah awkward moments yang aja tak tahu macam mana nak react untuk soalan tu..Terdiam sekejap tapi aja jawab "ada,tapi anak akak dah meninggal"..Sebak dan sedih nak sebut ayat tuh hanya Allah yang tahu..Aja tahu bukan niat dia nak buat aja sedih,dia tak tahu apa-apa pun..:(

Malam tu aja ke rumah paklong&maklong aja,ade burfay celebration adik sepupu aja..Masa aja duk rancak bersembang dengan isteri kepada abang sepupu aja,jiran rumah sebelah maklong aja datang salam dan dengan excitednya tanya mana baby?Terdiam semua orang..Ya-Allah,sebak sangat hati masa tu..Another awkward moments on that day..:(..Aja telan air liur sambil cakap.."baby dah meninggal.."..Itu je aja dapat ucap..Jiran makcik aja tu pun cepat-cepat mintak maaf sebab dia kata dia lupa..Aja senyum dan taknak sambung pun perbualan selebihnya..

Malam tu juga ada nenek sedara aja,adik kepada nenek aja..Kitorang tengah duk pilih-pilih tudung(maklong aja jual..),tiba-tiba nenek sedara aja tanya.."awok ni gemuk ko ado isi lagi?"..Semua terdiam..Aja pun kelu kejap tapi aja balas balik.."mana ada isi,baru je bersalin tak sampai dua bulan pun..aja kan czer..mana pantang sangat..bengkung tak pakai,bertungku pun tak.."..Jawab smabil gelak-gelak walaupun dalam hati Allah je tahu..Anak aja baru sebulan lebih je kot meninggal..Tak sampai 2bulan lagi aja lepas bersalin..Lepas tu masa aja nak dekat balik boleh tak nenek sedara aja tuh cakap.."orang lain ade jugak tak pakai bengkung tapi tak nampak gemuk sangat"..Apa tah lagi ayat dia,aja tak berapa dengar..Tapi umi cakap,"tokcik tak tengok masa aja mengandung mulo,besar sangat.."..Aja senyum jela,salam semua orang dan berlalu pulang..Orang tua bebas cakap apa sahaja ke?Entah la,aja cuba tak ambil hati sangat..Tapi jujur,hati terluka dan terguris..:(..

Masuk dalam kereta air mata laju mengalir.."Ya-Allah,beri aku kekuatan setanding dengan ujia-MU ini.."..Balik tuh whats app ngadu kat beshtie aja(dja)..Aja tak pernah mengadu dekat sesiapa apa yang aja rasa sebab aja tak nak mengalirkan air mata depan orang lain dan aja taknak orang kata aja tak redha lagi dengan apa yang dah berlaku..Cukuplah pertikai semua tu..Aja seorang ibu..Sampai bila-bila pun takkan pernah lupa anak dia..Takkan pernah..:(..Malam tu jugak aja cerita dekat suami aja sebab aja rasa macam sedih sangat..Masa cerita okay je tapi bila part nak sebut anak meninggal tiba-tiba menangis..Suami terkejut dan dia peluk aja cakap,sabar lah..Dia kata kita kuat lalui semua ni..InshaAllah..:)

Aja tahu ade je orang czer boleh pakai bengkung after 2weeks bersalin..Tapi aja tak boleh pakai sebab dekat 40days baru kawasan melecet dekat czer aja baik..Lain orang kan lain dia punya pengalaman dan sebagainya..Masa berpantang setiap orang tak sama..Kalau ada orang masa pantang sibuk dengan baby dan jaga diri..Aja sebaliknya,aja sibuk ulang alik ke IJN sampai aja tak sempat nak fikir apa pun..Orang lain senyum tengok anak sendiri,aja pulak menangis je..Orang lain gembira duk peluk anak sambil main-main dengan anak,aja pulak hanya mampu peluk sekujur tubuh anak aja yang dah tak bernyawa..Orang lain malam-malam berjaga sebab anak lapar susu,aja pulak malam-malam berjaga sebab takleh tido duk teringat anak lepas tu menahan sakit bengkak susu..Kalau nak senarai banyak lagi..Aja tak pernah persoal kenapa Allah beri ujian macam ni,malah tak pernah sekalipun bandingkan hidup aja dengan orang lain..Cuma apa yang aja taip tuh nak orang faham yang hidup manusia tak sama..Ujian kita berbeza..

Kalau dah tahu anak kita meninggal tuh ditanya lagi kenapa,sebab apa,sakit apa dan lain-lain..Wajar tak kita tanya soalan-soalan yang boleh buat hati seseorang tuh sedih?Tolong lah hargai hati yang masih sedih ni..Jangan la tanya soalan beruntai-runtai..Belum setahun lagi..Baru sebulan lebih..Manusia perlu masa untuk terima saat sukar dalam hidup dia..So do I..Tolong la beri aja kekuatan,bukan buat aja lemah selemah-lemahnya..:(







Saturday, November 30, 2013

Home Sweet Home!:)


Alhamdulillah dah sepuluh hari pulang ke rumah sendiri..Dah mula memasak,membasuh,melipat baju dan mengemas rumah..Tapi tak la melasak sangat sebab perut masih terasa bisanya..Solat pun aja masih solat duduk..Kalau tanya aja,inshaAllah dah sihat tapi hakikatnya belum sihat sepenuhnya..Sebab luka ceaseran bukan ambil masa berbulan-bulan untuk betul-betul pulih,makan tahun-tahun la jugak..huhuhu..Jadi doctor pun dah nasihatkan aja,paling awal untuk hamil balik pun dalam 18bulan..Paling bagus 2tahun..Nak tak nak kena merancang walau ikut naluri nak mengandung dalam masa terdekat jugak sebab rindu sangat bau baby!Tapi yelah,baru 51 hari habis pantang dan baru sebulan anak aja pergi menemui sang penciptanya..So inshaAllah aja dan suami akan hidup berdua dalam setahun lebih lepas tu baru plan pasal baby..Mudah-mudahan Allah mudahkan aja untuk hamil in future..InshaAllah..Amin..:)..Aja bersyukur sebab ramai sangat orang doakan yang baik-baik untuk aja..Jazakillah!InshaAllah malaikat akan amin kan doa kalian dan apa yang didoakan tuh berbalik kepada kalian balik..:)


Alhamdulillah dalam masa sebulan arwah anak aja pergi..Dah 3kali aja ke pusara arwah..Pertama waktu hari pengebumian arwah..Kedua lepas aja habis pantang hari ke-42 dan ketiga selepas seminggu dari yang kedua..Rumah irfan dah cantik..:)..Jujur setiap kali ziarah aja tak mampu kawal air mata aja..Perasaan aja bercampur baur..Rasa gembira sangat bila tahu anak yang dikandung selama 9bulan dah bahagia di Syurga dan dia sentiasa mendoakan kedua ibubapanya..Tapi aja rasa sedih sebab aja rindu sangat dekat arwah..Kenangan 17hari sepanjang aja lawat arwah tersemat kemas diruang hati aja..Mungkin aja tak lihat arwah membesar hingga dewasa tapi arwah membesar dengan sangat aktif selama 9bulan didalam rahim aja..Mungkin sebab itu aja paling terasa kehilangan arwah berbanding orang lain..Aja cuma perlukan waktu dan masa supaya aja semakin kuat untuk hadapi ujian ini..Kadang-kadang rasa macam tak percaya aja dah pun lalui semua ini..Kalau orang tengok aja mungkin ingat aja kuat sangat sebab aja tak pernah tunjuk kesedihan aja,aja sentiasa senyum walaupun bila bercakap perihal arwah anak aja..Tapi hanya Allah tahu betapa lemahnya aja,jadi Dia beri kekuatan dalam diri aja yang tak pernah aja sedari..Aja percaya Allah tak pernah uji hamba-NYA melebihi kemampuan mereka..Hari-hari aja muhasabah diri dengan apa yang dah jadi..Aja harap semua ni akan buat aja lebih tabah dan sabar..:)


Kalau ikutkan aja masih bercuti dari berkerja tapi aja ada jugak ke office setelkan hal pembayaran gaji dan lain-lain..Kalau nak tahu,masa pantang hari tu aja sibuk buat projek dengan adik-adik perempuan aja..Alhamdulillah sekarang masih teruskan dan dapat galakkan yang memberansangkan!Umi pun join tolong..hihihi..Project buat pin tudung gunakan ribbons..Jual murah-murah dekat kawan-kawan adik lepas tu umi pun ada tolong bawak ke sekolah..Now tengah plan nak jual on9 tapi tak tahu sempat ke tidak nak membuatnya..Pelan-pelan kayuh la jawabnya..:)


Selain buat project dengan Little sisters,aja pun tengah membusykan diri dengan business online!hihihi..Aja saja buat diri sibuk supaya aja takde masa untuk duduk sorang-sorang..Bukan apa,kalau sorang-sorang nanti mula la fikir itu ini dan akhirnya sendiri sedih..huhuhu..Nak tahu aja jual ape?Boleh la like Facebook shop dan follow Instagram shop aja!Boleh cuci mata sikit!:)

Facebook: Pwincess Shop
Instagram: @pwincessshop

Sekarang ada Extra Opening Promotion!Jadi boleh la terjah FB dan IG Shop aja untuk dapatkan perfume dengan harga yang menarik!;)




Selain itu,InshaAllah dalam perancangan nak teruskan minat aja dalam bidang bakery,tapi takde hitam putih lagi cuma baru duk cakap-cakap je..Aja harap Allah permudahkan biar jadi dan berjaya!Apa yang dah berlaku ni buat aja rasa memang Allah nak bagi aja peluang buat semua ini sebab tu dia biar aja suami isteri hidup berdua buat masa sekarang..Aja jugak sedang berusaha untuk menjadi lebih baik dari segi sikap,perbuatan dan juga dari segi cara berpakaian..Aja nak diri aja layak untuk berada disamping anak aja di Syurga kelak..Doakan aja ya semua dan inshaAllah aja pun akan doakan korang semua..
May Allah grant us home in Jannah and stay happily there till no end..
InshaAllah..Amin..;)






Sunday, November 17, 2013

I hate this kind of feelings..:(

Salam,Haila!Sekarang ni aja ada satu feeling yang aja memang tak suka sangat..Sampai rasa berperang dengan hati sendiri..Apa yang dah jadi,semua ketentuan-NYA..Aja dah terima dengan hati yang redha..Alhamdulillah..Cuma sekarang ni aja tak suka bila aja ada rasa jealous..


Alhamdulillah kakak aja tengah preggy 3rd baby,so Nur Damia Sofia nak jadi kakak!:)..Sister in law aja pun tengah preggy,bertambah anak buah..:)..Dua pupu aja pun tengah preggy..:)..Cousin aja punya wife pun baru preggy,bertambah anak sepupu..Alhamdulillah im happy for them!Seriously I do!:)..Tapi as I said,at the same time i feels jealous too..Bukan sebab Allah beri mereka rezeki tapi aja cuma rasa macam I always wanted to have a child..I've waited for long time baru ada rezeki tapi dalam sekelip mata Allah tarik rezeki tu..Aja rasa kehilangan yang sangat besar dalam hidup aja..Hanya mereka yang pernah alami tahu macam mana rasa feelings tu,bercampur baur..Redha dan ikhlas tapi masih rasa kehilangan dan sedih..

Ya-Allah,tak pernah ada niat sikit pun dekat hati ni pertikaikan ketentuan MU..:(..Cuma as a human being,I feels envy to others..The feelings is out of my control..Pardon me Ya-Allah..
:(..Astagfirullah..Astagfirullah..Astagfirullah..:(

Aja sentiasa remind hati aja,Allah tak beri aja peluang bersama dengan anak aja dekat dunia yang sementara sebab Dia nak beri aja peluang bersama dengan anak aja di akhirat yang kekal abadi kelak..Setiap hari aja motivated hati aja supaya aja kuat lalui hari-hari mendatang..Kekuatan tak datang dalam a day..I need more days to become stronger as I wish..Tak sampai a month pun lagi permata hati aja pergi pada sang penciptanya..

Aja tak pernah menangis depan family aja sebab aja tak nak family aja salah sangka yang aja tak kuat lalui semua ni..Kalau difikirkan memang tak kuat tapi Allah jualah yang memberi kekuatan yang tak pernah kita jangka..Aja masih menangis bila teringat atau rindu..Aja harap Allah tak marah aja sebab adakala aja tak mampu kawal rasa hiba di hati..InshaAllah day by day aja akan cuba untuk tak menangis lagi..Senang untuk kita ucap "Aku redha dan ikhlas", "Aku tak perlu menangis kerana anak aku sedang menunggu aku di Syurga"..Tapi hakikatnya susah untuk kita praktikkan dalam sekelip mata kerana kita manusia biasa..Kita manusia yang lemah dan tak berdaya,hanya Dia yang berkuasa memberi hamba-NYA yang lemah ini kekuatan..

Ya-Allah,ampunilah aku yang tak pernah lepas dari melakukan kesilapan dan tak pernah lepas dari bergelumung dengan dosa..Ampunilah aku Ya-Allah..:(..Jadikan aku hamba-Mu yang solehah dan lebih baik dari yang sebelumnya agar aku layak untuk berada di Syurga disisi anak ku kelak..Amin...:'(



Nota Haila;Tak tahu macam mana nak luah dekat hubby atau siapa-siapa,so decide untuk luah dekat blog..huhu






Thursday, November 7, 2013

Happy 2nd Anniversary Sayang!:)


Alhamdulillah!2years as husband and wife!More years to come!InshaAllah!Amin!:)
I LOVE YOU SO MUCH DUNIA DAN AKHIRAT!<3


Since masih dalam pantang,no celebration and no special gift..Tapi orang pantang boleh masak meggi so ni dulu la hadiah untuk suami tercinta!Ada udang galahh lagi tuh!Aja telan ayaq liuq jela sambil masak!hahaha!Masak penuh kasih sayang ni..:)








Monday, November 4, 2013

A week already..:)


Alhamdulillah seminggu dah arwah Muhammad Rayyan Irfan pergi menemui sang penciptanya..Aja bersyukur dengan sokongan suami,keluarga dan sahabat handai yang tak pernah kurang untuk buat hati aja rasa sepi..Terima kasih sangat-sangat dekat suami dan keluarga aja yang begitu ambil berat dan risaukan diri aja..Kata-kata semangat yang tak pernah putus buat diri aja..Sahabat-sahabat yang tak pernah lupa bertanya khabar akan keadaan diri ini..Rakan-rakan blogger yang memberi comment bagi menguatkan semangat aja..Syukur Ya-Allah!Sebab aja dikelilingi oleh orang-orang yang sayang aja,ada dengan aja di saat-saat aja ditimpa musibah..Ya-Allah,nikmat mana yang mahu aku dustakan?

Aja hanya mampu tersenyum bila ada sahabat-sahabat aja yang call ucapkan takziah selepas beberapa hari arwah pergi..Mereka tak call awal-awal..Sebabnya mereka takut aja masih bersedih dan tak nak buat aja makin sedih..Ya-Allah,prihatinnya sahabat-sahabat aja!Oh yea,Thanks aida for the post dekat blog aida!Aja dah baca..:)


Kalau tanya soal sedih,memang masih sedih..Cuma aja tak terlalu bersedih sebab dari awal aja dah kuatkan hati aja untuk terima takdir yang telah Dia tentukan..Aja fikir satu je,'Anak aja dah bahagia dekat sana,inshaAllah aja akan jumpa dia dekat sana dengan izin-NYA'..Aja pun sentiasa doa pada Allah supaya kuat kan hati dan semangat aja hari demi hari..Anak itu hak Allah,Dia nak beri atau ambil semuanya hak Dia..Suatu hari nanti kita pun akan dijemput oleh-Nya..Cuma bila dan bagaimana kita tak tahu..Semua itu rahsia Allah..:)








Salam Maal Hijrah!:)


Alhamdulillah..Hijrahkan hati supaya sentiasa cuba untuk menjadi hamba-NYA yang lebih soleh/solehah,istiqamah dan bertakwa!Amin..Salam Maal Hijrah dari aja dan suami sekeluarga!

*Alhamdulillah sempat baca doa akhir dan awal tahun..:)*





Friday, November 1, 2013

Disebalik Kuatnya Seorang Ibu..

Kuat tak bererti aku tak menangis..Sesekali teringat dan rasa rindu aku menangis dan pohon pada Allah supaya beri pahala disebalik kerinduan seorang ibu ini..


Kuatnya aku adalah aku terima qadha dan qadhar-NYA..Kuatnya aku adalah aku tidak meratapi kepergian insan yang aku cintai..Kuatnya aku adalah aku masih meneruskan kehidupan aku,masih menghabiskan sisa saki baki pantang aku tanpa seorang baby disisi..Kuatnya aku adalah aku masih mampu tersenyum dan bergelak tawa menikmati kehidupan yang Allah berikan buat aku..

Disebalik kekuatan aku itu aku masih mengalirkan air mata..Air mata rindu seorang ibu kepada anaknya..Salahkan aku bila aku masih menitiskan air mata?Baru dua hari anak aku pergi menemui sang penciptanya..Cukupkah tiga hari bagi aku untuk tidak merasa sedih dan rindu?Sedangkan masa arwah airien pergi dulu,sampai sekarang aku masih terasa sangat rindu pada ahli syuga-NYA itu..Sesekali aku masih menangis apabila rindu pada arwah..

Tapi jangan disalah sangka..Tangisan ku bukanlah aku meratapi,meraung seakan tidak dapat redha dan ikhlas dengan qadha dan qadhar-NYA..Cuma tangisan yang mengeluarkan beberapa titis air mata,mengeluarkan rasa rindunya seorang makcik pada anak buah yang pernah aku jaga dan jadikan tempat bermanja sebelum Allah menjemputnya ketika usianya setahun lapan bulan..Jadi begitulah jua sekarang..Tangisan seorang ibu yang rindu akan cahaya mata yang dikandungnya selama 9bulan..

Jadi salahkan aku apabila aku masih menangis?Aku tak menangis didepan orang bukan kerana aku ingin menunjukkan betapa kuatnya aku..Tapi kerana aku taknak orang salah sangka yang aku ini tak dapat terima ketentuan-NYA..Aku masih menangis didepan suamiku..

Fahamilah,aku seorang ibu yang begitu mengharapkan kehadiran seorang cahaya mata didalam hidupnya..Setahun lebih aku menanti akhirnya Allah beri aku rezeki itu..9bulan aku menanti,akhirnya Allah beri rezeki untuk anak aku lahir kedunia ini..Jadi bila saat rezeki aku sampai disini sahaja,berdosakah aku untuk merasa sedih?





Thursday, October 31, 2013

Muhammad Rayyan Irfan..

Bissmillahirrahmanirrahim..


30.10.2013

Jam dah menunjukkan pukul 1.30am..Aja cuba tidur tapi mata tak dapat lelap walaupun rasa penat sangat dah seharian di IJN a day before..Tambahan breast terasa sakit sebab susu yang belum dipam lagi..Aja buat keputusan untuk pam susu dulu..Dalam 2.30pm aja dah sedia untuk tidur..Sebelum tidur aja berdoa pada Allah.."Kalau Allah nak panjangkan nyawa irfan,sembuhkanlah irfan..Tapi kalau sebaliknya permudahkanlah Ya-Allah dan kuatkanlah aku sebagai hamba-Mu..Namun Ya-Allah,jika kau takdirkan perjuangan anakku sampai disini..Kau berilah kesempatan buat diriku dan suamiku untuk berada disisi anakku saat dia pergi dijemput-Mu.."..Selesai berdoa dalam pukul 3.00am macam tu baru aja lelap..

Jam 3.30am aja dengar bunyi handphone suami aja..Aja tahu itu panggilan dari IJN..Naluri ibu aja mengatakan,sudah sampai masanya untuk anak aja pergi menemui sang penciptanya..Mata terasa basah,hangat pipi dengan air jernih yang mengalir dari mata..Cepat-cepat aja bersiap ke IJN..Umi dan ayoh follow dengan kereta lain..Suami aja drive kereta ayoh..Aja banyakkan istighfar dan doa yang aja share di entry 'Doa,Ikhlas dan redha'..Walaupun air jernih laju mengalir tapi aja tekadkan hati yang aja dah lama redha dan ikhlas dengan semua ketentuan-NYA..

Sampai di IJN,dada aja dah berdebar-debar..Umi dan ayoh parking kan kereta..Suami tolak aja naik wheel chair ke PCICU..Aja dengar bacaan surah yasin berkumandang..Mungkin nurses yang pasang..Semua nurse pun dah duduk berdepan tempat irfan..Aja turun dari wheel chair dan tengok di screen tekanan darah irfan dah tinggal dalam 18..Saat tu aja rasa nak meraung sebab tak semudah itu untuk lepaskan orang yang kita sayang dan orang itu adalah anak kita..Nurse sabarkan aja,aja tahan kesedihan dan tangisan aja..Aja tarik nafas,istighfar dan tak henti-henti sebut Allahuakbar..Terkejut aja tengok muka anak dah tak sembab macam sebelumnya..Dah nampak rupa sebenar anak aja..Comelnya subhanAllah!Aja cakap dekat anak aja,"Assalamualaikum ya ahli syurga!Nanti irfan jumpa kak airien dekat sana ea sayang"..Few minutes later umi n ayoh dtg..Umi peluk aja sambil menangis..Aja masa tu duduk atas kerusi,dah sedikit tenang dan dengan redha serta ikhlas menanti detik malaikat sakratulmaut datang menarik roh anak aja..Tak lama selepas tu aja nampak nadi irfan dah semakin menurun..Waktu tu kepala aja rasa sakit sangat,dada pun sesak..Dari 50++ akhirnya kosong,tepat jam 4.00am tamatlah sudah perjuangan Muhammad Rayyan Irfan..Lepas aja nampak nadi anak aja takda,dada aja rasa lapang sangat..Allah makbulkan doa aja untuk ada disisi anak aja di saat terakhir hayat dia..Aja cium anak aja dan aja cakap,"Muhammad Rayyan Irfan,tunggu ummi dengan abah kat syurga ya sayang"..Aja menangis dan peluk badan umi sambil cakap,"Anak aja tunggu aja dekat syurga kan umi"..Umi cakap ya,suasana waktu tu hanya Allah je yang tahu sedih dia macam mana..Suami aja masa tu tengah buat panggilan..Umi panggil lepas tu bila dia datang dia cakap,"Ya-Allah dah takda?"..Aja peluk badan suami aja,kami sama-sama menangis..Aja kata,"Irfan dah tunggu kita dekat syurga sayang.."

Sementara menanti prosuder dijalankan,aja call kak qis bagitahu anak dah takda..Umi,ayoh dan suami aja pun busy call sedara mara inform pasal ni..Aja masa tu tenang setenangnya..Adala air mata mengalir tapi aja lap lepas tu tarik nafs panjang-panjang dan tak henti-henti doa supaya Allah beri kekuatan yang setimpal dengan apa yang Dia uji..Kemudian doctor kata mungkin dalam pukul 8.00-8.30am baru dapat buat balik jenazah anak sebab machine tuk stopkan battery(pacemaker) bukan di IJN,dari luar dan kena call orang yang uruskan dulu..So kitorang bincang dulu nak balik atau macam mana..Tapi lepas beberapa ketika,doctor kata dah call orang tu dia kata tak perlu matikan pun sebab battery tu takkan function dah dengan tubuh dia..Alhamdulillah Allah permudahkan!Bila siap nurse uruskan jenazah,kami pun dipanggil melihat arwah..Ya-Allah,tenang sangat tengok wajah arwah!Umi kata saling tak tumpah macam aja..Memang muka aja sangat..Nampak macam arwah tengah tidur je sambil tersenyum..Mukanya suci dan polos,indah sungguh rupa ahli syurga-Mu...Aja peluk dan dukung jenazah anak aja..Ya-Allah,Kau beri aku peluang untuk mendukung,memeluk dan mencium anak ku walaupun sekujur tubuh kecil yang tak bernyawa tapi aku dah cukup bersyukur Ya-Allah..

*aja mintak ni dari nurse sebab ada bau anak aja..ini bantal kepala dia..Nurse kata ni IJN punya..Tapi tak sampai hati,nurse bagi jugak dekat aja tanpa cakap apa-apa!:))..Nurses PCICU bagi sumbangan dekat aja..Nurse yang sampaikan tu peluk aja,mintak maaf kalau ada kekurangan sepanjang jaga anak..Dia menangis dan minta aja kuat dan tabah!Disebabkan terlalu sebak dia cepat-cepat pergi dengan tangisan..Terima Kasih nurses PCICU sebab jaga Muhammad Rayyan Irfan bagi pihak aja dengan begitu baik dan sempurna selama 20hari!Aja hargai sangat-sangat!:)*


Wangi sungguh bau ahli syurga-Mu Ya-Allah..Aja rasa sangat tenang..Aja rasa bahagia sebab aja tahu dia dah pergi menemui sang pencipta-NYA!Dah takda wayar-wayar dan jarum yang menyakitkan di seluruh badan arwah!Aja duduk atas wheel chair sambil pangku anak aja hingga ke bilik mayat tapi cuma isi borang kematian,tak ada postmortem atau prosuder lain..Dalam 6.00am++ kami dah boleh pulang untuk uruskan pula urusan mandi dan kebumikan arwah..Sepanjang perjalanan aja dapat dukung dan pangku anak aja,aja cium puas-puas..Sangat wangi dan comeyl ahli syurga-Mu!Mulut aja tak henti-henti tersenyum sebab rasa bahagia sangat tengok anak aja dah tenang macam tu..

Sampai rumah,aja mandi dulu kemudian aja duduk atas kerusi dan tengok anak aja tanpa henti mengukir sekuntum senyuman..Semua yang datang melawat minta aja redha dan sabar..Aja cuma cakap inshaAllah,angguk dan senyum..Aja memang dah redha seredhanya,ikhlas seikhlasnya..Umi busy dengan orang call pastu inform mok B dan ahli keluarga lain..Aja lihat umi tak henti mengalir air mata..Ayoh tak henti-henti mengaji dan aja lihat ayoh beberapa kali menitiskan air mata..Aja pernah tengok suasana macam tu 1year and 5months a go..Saat kehilangan arwah Nur Airien Sofia,cucu pertama mereka..Aja sempat cakap dengan mok B,"Jangan runsing mok..Dia tunggu aja dekat syurga doh mok.."..Air mata aja mengalir dan aja rasa sangat sebak..Umi turut sama menangis dan peluk aja..Aja cari semangat aja dan hapuskan air mata yang mengalir!Aja duduk depan sambil lihat anak aja..Semua yang hadir menitiskan air mata sebab sebak bila lihat betapa sucinya jenazah ahli syurga..Walau jelas terpancar kesedihan diwajah aja tapi aja langsung tak menangis depan orang ramai dan aja tetap tersenyum..Malah aja boleh jawab semua pertanyaan orang..:)..Dalam pukul 8lebih bawak ke surau untuk dimandikan..8.30am start mandi..Ramai sangat yang datang!Umi dan suami aja pegang jenazah arwah,ada ustazah tolong mandikan..Adik ipar aja dan adik-adik aja turut sama tolong..Senang sangat nak mandikan baby yang masih kecil kan..Aja duduk atas kerusi tepi tempat memandikan sambil tersenyum..Dari saat mandikan,kapankan aja masih mampu tersenyum walaupun aja lihat suami aja dah tak mampu bendung air mata..Aja masih kuatkan hati..Tapi saat jenazah nak disolatkan aja rasa sebak sangat sebab aja tahu itulah kali terakhir aja akan tengok anak aja didunia ini..Aja peluk encah sambil menangis tapi untuk seketika sahaja..

Sebelum disembahyangkan,aja cium anak aja puas-puas dan tak henti-henti aja cakap,"Tunggu ummi dan abah di syurga ya anak ummi sayang"..Lepas tu adala air mata jatuh membasahi pipi tapi lepas tu aja tenang balik..Saat nak dibawah kebumi ketanah perkuburan adala makcik yang tak bagi aja pergi sebab risau la aja tak kuat takut tak dapat terima kenyataan kang pengsan dekat sana..Aja rasa annoying pulak bila sampai kata kalau ada iman takpe..Dah kenape pulak kan?Selama ni aku ni orang tak beriman ke?Aku hidup dengan bertuhankan Allah kot..Tapi aja tepis la rasa tak selesa tuh dan buat tak tahu je,umi ayoh kata ikut jela sebab mereka tahu aja kuat!Sampai dekat tanah perkuburan tuh,ayoh cakap,"Muhammad Rayyan Irfan,dah sampai dah kat tempat irfan..Tak sempat Tok Ayoh bawak irfan nail motor..Takda rezeki"..Aja tengok ada air jernih yang mengalir membasahi pipi ayoh..Umi pun cakap,"Tak sempat Tok Umi gendong irfan buat jalan.."..Ya-Allah,sebak sangat suasana masa tu..Aja senyum,terasa ada air jernih hangat membasahi pipi..Aja seka air mata yang mengalir dengan semangat yang kuat ingin menghantar anak aja ketempatnya..Urusan nak kebumikan pun mudah sangat!9.30am suami aja angkat anak untuk dimasukkan kedalam liang lahad,aja masih tak berhenti senyum..Kalau lah orang lain dapat baca hati aja,orang pasti akan turut sama tenang sebab jiwa dan minda aja memang rasa tenang sangat sampai aja takda menangis sangat!Berbeza masa arwah airien dulu..Cuma bila imam baca talkin aja adala menangis,sedangkan imam sendiri terhenti dari baca talkin sebab terlalu sebak sampai menitis air mata..Syahdu sangat suasana,lain rasanya kita kebumikan orang dewasa dengan baby..Baby ni putih suci tanpa secalit dosa pun..






Selesai urusan,aja pandang ke langit dan ucap syukur serta terima kasih sangat dekat Allah sebab beri aja kekuatan yang luar biasa..Beri aja dada,jiwa dan minda yang lapang untuk redha dan ikhlas..Indah sungguh perasaan redha dan ikhlas tuh..Aja berjalan ke kereta sambil umi peluk bahu aja..Umi kata,"Im so proud of you!Aja ummi yang kuat!"..Aja jadi sebak..Air mata aja mengalir dan aja kata dekat umi,"Allah tak beri ujian ni sebab aja kuat umi..tapi Allah uji aja sebab Allah nak aja kuat!"..Umi angguk tersenyum beserta air mata yang dari tadi tak henti membasahi pipi..Alhamdulillah..Syukur kehadrat illahi yang mempermudahkan semuanya!Allahuakbar!



Aja bersyukur dengan ketenangan yang Allah berikan..Allah beri aja kekuatan yang aja tak sangka-sangka..Aja tak banyak menangis,aja senyum sahaja..Sampai semua orang jadi risau takut aja tak kuat..Ya-Allah,memang aja rasa annoying sangat!Aja tahu semua risaukan aja..Tapi cuba faham apa yang tengah aja lalui..Aja tak menangis bukan bermakna aja tak sedih dan bukan bermakna aja pura-pura kuat!Tapi Allah mudahkan perasaan aja dengan beri ketenangan dan kekuatan untuk hadapi ujian-NYA..Aja tak faham kenapa semua mintak aja redha dengan apa yang terjadi dan biarkan anak pergi dengan tenang..Mereka cakap seolah-olah aja tak redha dengan ketentuan-NYA!Cuba fikir,Allah takkan ambil anak aja selagi aja sebagai ibu tak redha dan ikhlaskan dia untuk pergi..Pernah ingat sebelum ni aja pernah kata aja tak cukup kuat nak lepaskan anak aja lagi..Jadi Allah tak ambil lagi dia..Tapi sekarang Allah tahu aja dah sangat redha dan ikhlas nak lepaskan anak aja,maka Dia ambil anak aja..Normal la kalau sesekali aja menangis,anak aja yang meninggal kan..Lagipun bukan aja meratapi..

*kain ni ada bau arwah,dapat guna sebagai pelepas rindu..:)..Ada beberapa pasang sarung tangan n kaki yang tak basuh lagi..nak cium dulu puas-puas baru basuh nanti..:)"


Jangan tanya soal sedih..Sedih yang aja rasa hanya Allah yang tahu..Aja yang mengandungkan anak tu,he is a part of me!Selama 9bulan,aja rasa kehadiran dia dalam diri aja..Tak semudah yang kita sangka untuk hadapi semua ini..Tapi aja percaya Allah sentiasa beri yang terbaik untuk umat-NYA dan Allah takkan uji umat-NYA kalau Allah rasa umat-NYA itu tak mampu..Ujian ni ada dua sahaja,samada makin menjadikan kita sesat sebab tak dapat terima qadha dan qadar-NYA atau menjadikan kita lebih dekat pada-NYA sebab redha dan ikhlas dengan qadha dan qadar-NYA..Kita pilih kita nak yang mana..:)

Aja rasa bangga dengan anak aja sebab dia seorang anak yang sangat kuat!9bulan dia berjuang untuk hidup di dalam rahim aja dan 20hari dia berjuang di dunia ini!Tapi Allah dah tetapkan perjuangan dan perjalanan dia cukup sampai situ..Allah tahu kalau dia teruskan,hanya makin buat dia terseksa dan belum tentu aja sebagai ummi dia mampu jaga dia dengan baik serta sempurna dalam keadaan dia sakit..Jadi Allah ambil dia dan Allah beri malaikat jaga dia bagi pihak aja dan suami..Apabila sampai masanya nanti dia akan nanti aja dan suami dipintu syurga dan kami akan ada peluang jaga dia dekat syurga yang takda pengakhirannya!Apa rupa dan keadaan dia masa meninggal,itulah yang aja dan suami akan jumpa di akhirat kelak!SubhanAllah!Besar sungguh kuasa Allah!Tak terhingga syafaat yang Allah beri buat umat-NYA..Walau Dia ambil anak aja namun Dia beri aja dan suami tiket ke syurga!Aja dan suami dah ada saham akhirat!Itu yang aja tanam dalam hati dan minda,itulah yany membuatkan aja kuat semangat!Nothing to sad on..La Tah Zan..:))

Begitu panjang kisah yang aja coretkan..Kalau ada yang membaca apa yang aja taip ni dan di uji Allah sebagaimana Allah uji aja,suami dan keluarga..Aja nak pesan,jangan bersedih..Syurga jualah tempat anak kita..Dia sedang menanti kita disana iaitu syurga yang kekal abadi..Tak semua orang bertuah dipilih oleh Allah untuk terima ujian ini..Umi kata,"Aja dengan kakak dah ada tiket untuk ke syurga..Umi yang anak 8 ni belum tentu masuk syurga"..Aja tersenyum dan kata,"Umi dan ayoh jangan risau..Kami berlapan ni akan doakan umi dan ayoh!"..Boleh jadi juga Airien dan Irfan tarik Tok Umi dan Tok Ayoh dia untuk sama-sama masuk syurga!:))..Mesti Airien dengan irfan dah berjumpa..Menanti kedua ibu bapanya untuk sama-sama masuk syurga!SubhanAllah!!!Allahuakbar!!:))

Terima kasih untuk doa dan semangat!Terima kasih buat yang sudi baca luahan rasa dan hati aja selama ni!Doakan aja mudah dapat pengganti di masa akan datang!Amin..

Wednesday, October 30, 2013

Inna lillahi wa inna ilaihi raajiun..

Alhamdulillah..Genap 20hari hayat hidup anak aja..Jam 4am anak aja,'Muhammad Rayyan Irfan' telah pergi dijemput sang penciptanya..Selamat dikebumikan jam 9.30am..Allah permudahkan semuanya..Tipu kalau tak sedih..Tapi Allah beri aja kekuatan yang luar biasa..Aja pangku jenazah baby aja,aja lihat jenazah dimandikan,dikapankan dan dikebumikan..Aja ukirkan senyuman yang bermakna dan tak lekang ucapan syukur pada-NYA..Sesekali ada air jernih membasahi pipi..Tapi ketenangan jiwa yang Allah beri tak dapat diungkapkan dengan kata-kata..I am strong coz Allah gave it to me..Daripada-NYA kita datang dan kepada-NYA jualah kita kembali..Allah hanya akan menguji hamba-NYA mengikut kemampuan umat-NYA..There's nothing to sad  on coz I know he's waiting for us..Di Syurga sana..InshaAllah..Allah ambil orang yang kita sayang tapi Allah beri kita rahmat dan hidayah yang begitu besar iaitu tiket ke syurganya..Alhamdulillah!Allahuakbar!Will story more later..Tqsm for the doa n wishes!:)






Doa,Sabar,Redha dan Ikhlas..

Doa adalah senjata bagi orang-orang mukmin,tiang bagi agama dan nur bagi langit dan bumi..Ada dalam satu hadis menyebut ada 3orang yang Allah takkan tolak doanya..Pertama,doa seorang musafir..Kedua,doa seorang peminpin yang adil dan yang ketiga,doa seorang emak..(orang yang teraniaya pun doanya takan ditolak,dalam hadis lain)..Dan apabila seseorang itu ditimpa musibah,Nabi Muhammad S.A.W berpesan supaya ditambahkan dengan doa “Inna lillahi wa inna ilaihi raajiun..Allahumma jurnii fii musiibatii wa akhluf lii khairan minhaa” (Ya Allah, berilah pahala dalam musibahku ini dan berilah ganti bagiku yang lebih baik daripadanya.) [HR Muslim].


Tazkirah daripada seorang ustaz IJN..Alhamdulillah aja rasa lebih tenang dan bersemangat lepas dengar apa yang ustaz perkatakan..Bukan calang-calang orang yang Allah akan uji..Hanya orang-orang yang terpilih oleh-NYA sahaja akan diuji..Alhamdulillah aja bersyukur dengan ujian-NYA..Aja rasa tak pernah aja persoalkan sekalipun kenapa aku yang Dia pilih..Sebab aja tahu ada hikmah disebalik setiap sesuatu..Aja hanya mampu berdoa yang terbaik untuk anak aja,aja,hubby dan ahli keluarga aja..Yang terbaik pastinya dari Dia..

Sabar,redha dan ikhlas..Semua orang pesan macam tu pada aja..Iyer aja tahu..Semenjak kandungan aja menginjak ke 5bulan dan aja dapat tahu anak aja tak sihat macam bayi lain aja dah terima dengan redha dan ikhlas..Dan dari awal doctor kata kemungkinan baby meninggal dalam perut adalah sangat tinggi pun aja dah redha dan ikhlas untuk lepaskan anak aja pada-NYA..Tapi berkat doa seorang ibu yang tak pernah putus serta berkat semangat juang anak aja yang tinggi,genap 36weeks baby aja lahir kedunia ini dengan izin-NYA..Meskipun aja tak berpeluang jumpa anak aja saat dia dilahirkan..Aja tetap redha dan ikhlas..Bila lihat keadaan anak di IJN yang dipenuhi dengan wayar-wayar dan badan anak ditebuk sana sini..Perit hati nak terima tapi apa aja boleh buat selain redha dan ikhlas..

Saat doctor sampaikan yang mereka dah sehabis maksimum cuba selamatkan baby aja tapi usaha mereka gagal..Doctor mohon maaf sebab tak berjaya dalam usaha mereka..Doctor dah off kan ubat satu demi satu,tekanan darah makin menurun..Anak aja dah tenat..Aja masih juga terima dengan redha dan ikhlas..Jangan cakap pasal redha dan ikhlas sebab aja lebih tahu hati aja..But as a mother,I feels the pain the most..Im the one yang carry my son for 9months!Normal lah kalau anaknya sedang tenat dan sebagai seorang ibu tak mampu bendung air mata dan tahan kesedihannya..What do you expect from me?Senyum dan gembira baru menunjukkan redha dan ikhlasnya aja untuk terima anak aja sedang tenat?

Aja tak tahu macam mana nak express feelings aja toward others..Dalam keadaan macam ni,aja tak rasa nak bercakap dengan lebih ramah dan tak rasa nak jawab apa-apa pertanyaan..Minda aja tak boleh nak rangka apa ayat yang sesuai pun untuk aja ungkapkan..Jadi aja banyak diam..I know everyone is worried about me..But please give me some space and time..You have know idea what Ive been through..This is definitely one of the hardest time in my life..

Terima kasih Allah sebab jadikan aku insan yang terpilih untuk menerima ujian-Mu..Terima kasih anak ummi sebab cukup kuat semangat berjuang demi ummi dan abah dengan izin-NYA juga..Terima kasih suami ku sebab terus kuat di sisi isterimu..Terima kasih umi,ayah,mak,abah dan adik beradik ku di atas sokongan yang tak berbelah bahagi..Tanpa kalian pasti aja tak mampu harungi semua ini..Selagi Allah belum ambil 'Muhammad Rayyan Irfan' kita,selagi tu kita masih ada harapan..Kuasa Allah tak siapa yang tahu..Dia lebih mengetahui..Mana tahu ada kejaiban yang bakal terjadi..Doa dan terus berdoa..Namun jika Dia menentukan sebaliknya,kita semua memang dah bersedia untuk itu..InshaAllah..Rabbi yasir wala tu'asir,Rabbi tammin bi khair..










Tuesday, October 29, 2013

Harapan..

Sebagai hamba-NYA,kita tak boleh berhenti berharap tapi kita juga tidak boleh terlalu berharap..Semenjak Allah wujudkan janin di dalam rahim seorang ibu,ibu itu mula berharap agar anaknya sihat dan sempurna..Semakin membesar kandungannya,semakin tinggi harapan seorang ibu..Sebaik sahaja anaknya dilahirkan didunia,semakin bertambah harapannya..Begitulah seterusnya..Harapan seorang ibu takkan pernah terhenti..


Untuk sekarang,aja tak harap lebih..Aja cuma harap Allah beri yang terbaik..Andai Allah beri peluang untuk anak aja hidup,itulah yang terbaik..Andai Allah ambil anak aja,itu jugalah yang terbaik..Meskipun aja tertanya,mampukah aja hadapi ujian sebesar ini dari Allah?Kuatkah aja?Tapi aja sedar..Allah tak uji aja kerana aja seorang yang kuat..Tapi Allah beri aja ujian untuk aja menjadi seorang yang kuat..Bukankah Allah uji umat-NYA tidak melebihi kemampuan umat-NYA?

Sedang menanti panggilan dari IJN dengan penuh debaran,tak tahu apa keputusannya..Tipu kalau kata hati ini dapat terima dengan ikhlas dan redha tanpa sekelumit rasa sedih..Nak tak nak kena ikhlas dan redha..Sebagai ibu,sedih itu hanya Allah yang tahu..Moga Allah beri yang terbaik..Amin..







Monday, October 28, 2013

Tiada Harapan..

Allah benar-benar sedang menguji kami..Tengahari tadi aja received call from IJN..Katanya doctor dan caunselor nak jumpa bincang pasal baby..Mula-mula aja tak syak apa-apa..Aja lebih suka berfikir yang baik-baik..Tapi bila bagitahu hubby,dia dah fikir macam-macam takut anak kenape ke kan..Aja kata takdelah..Sepanjang perjalanan ke IJN aja rasa berdebar-debar tapi aja tepis perasaan tu..Dalam 1pm++ sampai doctor takde keluar lunch..So tunggu sekejap sambil tengok baby..Datang sorang doctor dan cakap sebenarnya keadaan baby tak begitu baik..Doctor kata tunggu doctor sorang lagi akan terangkan dengan lebih lanjut..Aja dah tak sedap hati,air mata laju je turun membasahi pipi..Aja berdoa pada Allah.."Berikanlah yang terbaik untuk anak ku..Jika kau mengizinkan dia untuk hidup maka permudahkanlah Ya-Allah..Tapi jika sebaliknya aku mohon kau isi hati ku dengan keredhaan dan keikhlasan..Kuatkan lah aku sebagai hamba-Mu Ya-Allah.."..Tiba-tiba doctor yang dinanti tiba..Doctor kelihatan cuba menyusun ayat yang sesuai..Apa yang minda aja dapat tangkap.."Keadaan baby semakin memburuk,tak seperti yang kita harapkan.."..Memang sebelum masukkan pacemaker doctor dah cakap 50-50 samada berjaya atau makin memburuk..Aja cuma iyakan dan hubby tanya apa cara yang terbaik lagi?..Doctor kata dah cuba semaksimum mungkin.."Baby dah takda harapan,kalau kita teruskan semua usaha kesian dekat baby"..Kenyataan yang pahit untuk aja terima tapi harus aja telan dengan hati yang tabah..Aja tak mampu bersuara,hanya air mata deras mengalir..Doctor kata mereka akan buat perbincangan esok,kalau tak ada juga jalan keluar maka mereka akan cabut semua bantuan dan biarkan baby pergi secara natural..Aja tak tahu apa aja rasa dan fikir..Aja cuma berdoa Allah beri yang terbaik..Tolong doakan anak aja,'Muhammad Rayyan Irfan'..Aja cuma nak yang terbaik..Andai Allah nak ambil anak aja,aja akan cuba kuatkan dan tabahkan hati..Mungkin Allah nak beri aja saham akhirat..Aja akan terima apapun ketentuannya..







Sepatutnya..

Sepatutnya aja admit hospital on 27oct dan 28oct adalah tarikh untuk aja ceaseran...Tapi manusia hanya mampu merancang,Allah jua lah yang menentukannya..Sesungguhnya Allah lah sebaik-baik perancang..:)..Anak ummi tak sesabar nak keluar awal!Dahtu keluar a day after his abah's birthday!Boleh celebrate birthday sekali!hihihi..Alhamdulillah..My son dah 18 days old!Masih di PCICU,IJN..Masih kuat berjuang untuk hidup..:))..His condition is not much different but as a mother I know he's getting better!InshaAllah..Eventhou there is still a long way to go..But we always pray he will be healthy!Amin..:))..












Friday, October 25, 2013

My son is a fighter!

Umi pernah cakap dekat aja.."Ingat kakak pernah diuji,dalam sekelip mata Allah ambil anak kakak,Allah tahu kakak kuat sebab itu Dia uji kakak..".."Aja pun kuat,sebab tu sekarang Allah sedang uji aja..Sabar dan redha dengan ujian-Nya"..Aja senyum dan angguk..Dulu waktu Allah uji kita dengan kehilangan arwah airien,aja selalu tanya..Macam mana perasaan kakak sebagai ibu dan perasaan abang zan sebagai ayah?Tabahnya mereka berdua,sedangkan aja sebagai makcik kepada airien rasa sangat berat dengan ujian-Nya..Rasa sukar nak terima bila Allah ambil arwah airien sekelip mata saja..Aja selalu fikir aja tak mampu jadi sekuat kakak..Besar ujian Allah kepada kakak sekeluarga..


Tapi bila Allah beri aja ujian melalui anak,baru aja tahu macam perasaan kakak dengan abang zan setahun lebih yang lalu..Baru aja tahu dari mana kekuatan tuh datang..As a mother n father,its a natural feelings..Automatically its will make you more strong,more than you think and thought..Sedih macam mana pun pasti dapat diatasi..Sebab hati kita as a mother tahu anak kita tengah berjuang untuk hidup!My son is a fighter!Like one of blogger friend said(you know who you are,you such a good friend of mine eventhou we just knowing each other thru blog in few days only..Your words really make me feels motivated!Tqsm Zach's momma!)..Bila aja tengok anak aja,aja tahu Allah sedang merencanakan sesuatu yang terbaik di masa akan datang..Tak pasti apa tapi aja percaya Allah sebaik-baik perancang..Aja sentiasa semat dalam hati,Allah takkan uji hamba-Nya melebihi kemampuan hamba-Nya..Allah tahu aja kuat untuk hadapi semua ni..Hubby pun kuat!InshaAllah..Keep praying for my little baby..InshaAllah Allah will heal him and give us strength daily!Amin..:))











Wednesday, October 23, 2013

Fragile Heart..

Hari ni ummi tak dapat tahan rasa sebak bila tengok anak ummi..Ummi tak dapat bendung air mata ummi..Emosi ummi down..Ummi rasa terseksa sangat bila tengok anak ummi dalam keadaan macam tu..Banyak yang much better tapi ada je doctor diagnos hal lain..Ummi dengan abah dah tak tahu apa lagi lepas ni..Ummi tahu anak ummi kuat,tapi satu demi satu masih belum nampak apa kesudahannya..Dah 13hari berlalu..Ummi tak tahu sekuat mana lagi ummi boleh bertahan..Ummi kesian sangat dekat anak ummi..Ya-Allah..Kasihanilah kami hamba-MU yang lemah lagi tak berdaya..Berikanlah kami kekuatan dan kejaiban buat anak kami..Bantulah kami..Amin..






Monday, October 21, 2013

10days

Alhamdulillah umur anak ummi dah masuk 10hari..The first 1week ummi rasa sangat down..Ummi asyek menangis je..Tapi dalam 3days ni ummi rasa much better dan makin kuat..Kadang-kadang ummi rasa tak percaya dengan apa yang sedang ummi lalui..Tak pernah terlintas akan diuji sebegini rupa..Namun ummi tahu Allah sebaik-baik perancang..Pasti ada hikmah disebalik setiap yang terjadi..3days a go ummi dah cakap dengan anak ummi yang ummi akan kuat dan takkan menangis depan anak ummi..Alhamdulillah,I did it!Walaupun setiap kali lihat anak ummi hati ummi sangat pilu..Entah berapa kali hati ini terasa pedih disiat-siat tapi ummi kuatkan semangat..Sebab ummi boleh lihat anak ummi sedang berjuang!Demi anak ummi,ummi tabahkan hati sedaya yang mampu..Walaupun menurut doctor anak ummi consider critical lagi..Tapi ummi masih tersenyum walaupun kelat..Doctor kata kena sabar lebih dan banyak berdoa..Itu yang sedang ummi dan abah lakukan..Ummi taknak terlalu mengharap tapi ummi takkan berhenti berharap!Ummi akan cuba lalui semua ini dengan hati yang lapang..Kalau boleh setiap masa ummi nak bersama anak ummi..Tapi ummi tak boleh lawat anak ummi 2times daily sebab ummi tak sihat sepenuhnya lagi..Ummi rasa sakit tapi ummi lawan dan bertahan sebab ummi nak tengok anak ummi..Tapi ummi kena dengar nasihat orang lain yang ummi kena jaga diri supaya cepat sihat jadi boleh la ummi jaga anak ummi kelak..inshaAllah ummi akan cuba jaga diri ummi..Ummi nak cepat sihat!Ummi nak jaga anak ummi!Moga Allah permudahkan!Amin..Siang tadi anak ummi bukak kedua-dua belah mata!Ya-Allah!Cantiknya mata anak ummi!Gembira betul ummi!:))..Ummi harap anak ummi sihat,biar lambat pun ummi dan abah akan sabar menunggu!We love you dunia n akhirat!






Friday, October 18, 2013

Much Better..:)

Anak ummi,hari ni terasa panjang nak menunggu ke pukul 6.00pm..Lambatnya masa berlalu..Ummi hanya tidur dan tidur,ada ketika air mata laju mengalir..Ummi seakan-akan hilang kekuatan..Hati bagai disiat-siat memikirkan si permata hati tercinta yang sedang bertarung nyawa di PCICU,IJN..Hati ummi rapuh tak berdaya melihat penderitaan anak ummi..Tok ummi dan adik beradik ummi semua risau..Ummi hanya terbaring di atas katil dan terperap di dalam bilik..Bila ditanya hanya mengangguk dan menggeleng..Air mata tak segan mengalir membasahi pipi..Risau memikirkan keadaan anak ummi..Makan pun dipaksa..Semalaman ummi berfikir,patutkah ummi mengalah?Ya-Allah..Lemahnya ummi..Sedangkan anak ummi sedang berjuang untuk hidup demi ummi dan abah..9bulan ummi berjuang hingga lahirnya anak ummi ke dunia ini,takkan sedikit masa saja lagi ummi tak boleh bersabar?Ummi cuba mencari sisa baki kekuatan yang masih ada..Hari ini ummi berada disisi anak ummi selama sejam lebih..Nurse kata anak ummi makin stabil..Ummi usap ubun-ubun kepala anak ummi sambil mulut tak henti-henti berselawat dan memberi kata-kata semangat buat anak ummi..Ada ketika hati dirundung sebak,terasa ada air jernih mengalir membasahi pipi..Cepat-cepat ummi lap dan senyum..Ummi kena kuat depan anak ummi..Macam-macam ummi cakap pada anak ummi,ummi harap anak ummi kuat semangat!Hampir sejam ummi duduk tepi anak ummi,ummi bangun dan cium dahi anak ummi..Anak ummi bukak sebelah mata,walaupun ummi tahu anak ummi tak sedar pun masa tu..Ummi dan abah tersenyum..Ummi dan abah mampu ketawa dan bergurau senda depan anak ummi..Bahagianya hanya Allah yang tahu..Ummi harap kita bertiga dapat sama-sama pulang ke rumah..Ummi nak jaga dan asuh anak ummi..Ummi nak susukan anak ummi..Ummi lihat anak ummi,ummi yakin anak ummi akan sihat..Ummi nampak sinar yang terang bila ummi lihat anak ummi..Ummi tahu Allah akan bantu anak ummi..Ummi dah dapat kekuatan ummi..Ummi takkan menyerah selagi belum waktunya..Ummi akan terus berdoa dan berharap demi kesembuhan anak ummi..Kuatkan semangat anak ummi sayang!Abah dan ummi akan sabar menanti saat dimana anak ummi akan sihat seperti bayi-bayi lain..inshaAllah..Tqsm all for the doa n support!:))



Thursday, October 17, 2013

Kritikal

Bismillahirrahmanirrahim..


Khamis-10.00pm

Alhamdulillah anak ummi selamat menjalani pembedahan masukkan battery(pacemaker) semalam(16.10.13-Rabu)..Ummi hanya mampu doa dari jauh,tapi pagi tu ummi sempat jumpa anak ummi dan bagi anak ummi semangat..Ummi tahu semangat anak ummi kuat..Allah beri ujian buat kita semenjak anak ummi dalam rahim ummi lagi..Allah sedang menguji kita sekeluarga kan sayang..Semalam lepas selesai operation,ummi gelisah sangat nak ke Hospital..Tapi lepas Tok umi solat maghrib baru dapat ke Hospital..Hati dah meronta nak tengok anak ummi..Abah setia menemani anak ummi..Ummi harap ummi boleh teman anak ummi setiap masa..Tapi ummi pun belum pulih sepenuhnya lepas ceaser lahirkan anak ummi 7hari lepas..Bila ummi dapat jumpa anak ummi,hanya Allah tahu apa ummi rasa..Ummi minta maaf sayang,ummi tak dapat tahan air mata ummi dari mengalir..Bukan ummi tak kuat sayang,ummi sedih dan sebak tengok keadaan anak ummi..Jelas kelihatan battery yang dimasukkan..Anak ummi kan kecik lagi,lemak pun takde lagi..

Jumaat-12.45am

Khamis,jam 10.00pm ummi taip ayat-ayat di atas tiba-tiba abah balik cakap nak ke Hospital..Ummi tanya kenapa,abah kata Doctor call cakap keadaan anak ummi kritikal..Ya-Allah,nak luruh jantung ummi mendengarnya..Ummi menangis..Dengan segera ummi bersiap ke IJN..Sepanjang perjalanan ke IJN ummi berzikir,baca selawat shifa dan ayatul kursi untuk tenangkan hati..Air mata tak berhenti mengalir..Macam-macam ummi fikir..Ya-Allah,ummi tak sedia lagi nak lepaskan anak ummi..Bukan ummi tak redha,tapi ummi xsempat peluk anak ummi lagi..9bulan ummi nanti anak ummi lahir ke dunia ini..Tak mudah untuk ummi terima kemungkinan untuk ummi hilang anak ummi..Sampai di IJN nurse mintak ummi,abah dan tok umi tunggu sebab prosuder sedang dijalankan..Ummi cuba kuat walaupun air mata tak berhenti mengalir..Bila nurse panggil untuk tengok anak ummi,luluh hati ummi tengok bertambah tebukkan di badan anak ummi..Ya-Allah,tak sampai hati ummi tengok keadaan anak ummi..Ummi mohon anak ummi kuat,ummi tunggu anak ummi sihat..Anak ummi kena berjuang untuk hidup demi ummi dan abah..Ummi masih di IJN menanti anak ummi sebab keadaan anak ummi masih kritikal..Tak henti-henti ummi berdoa agar Allah beri kejaiban buat anak ummi..Ummi tak sampai hati biar badan anak ummi ditebuk sana sini,dipenuhi wayar dan dicucuk dengan pelbagai ubat-ubatan..Ya-Allah,kenapa bukan ummi di tempat anak ummi..:(..Tapi untuk meredhakan anak ummi pergi,ummi tak siap lagi..Baru 7hari ummi lahirkan anak ummi,ummi tak berpeluang lagi peluk anak ummi..Ummi harap Allah panjangkan usia anak ummi..Namun jika Allah mentakdirkan sebaliknya..Ummi kena redha juga kan..Tapi ummi yakin Allah pasti bantu anak ummi..Ummi akan terus berdoa..Baru tengahari semalam ummi rasa lega bila Doctor cakap keadaan anak ummi makin stabil,Doctor kata akan observe dalam 3-4hari..Kalau anak ummi sihat takda apa-apa boleh balik rumah terus..Tapi kalau masih perlukan bantuan pernafasan atau sebagainya akan ditransfer ke Hospital Selayang..Lega sikit hati ummi dengar apa yang Doctor cakap..Tapi tak sampai satu hari ummi dapat khabar anak ummi kritikal..Ummi jadi lemah..Anak ummi kekuatan ummi..Ummi harap anak ummi dapat bertahan..Dengan izin-NYA..InshaAllah..Ummi menanti khabar gembira dari Doctor..Ummi akan sabar menanti..

Tuesday, October 15, 2013

Salam Aidiladha!:))

Salam Aidiladha buat semua sahabat-sahabat yang dikasihi!Alhamdulillah dah masuk hari ke lima berpantang..Berpantang tanpa anak di sisi quite hard..Tapi inshaAllah aja boleh lalui semua ni..Kalau nak cerita sedih di hati rasa macam tak terluah sebab terlalu perit..Dalam keadaan sakit rasa macam tak daya,tapi fikir anak inshaAllah aja cuba jadi kuat..Depan semua orang aja mampu ketawa bercerita macam tak de apa-apa,tapi bila duduk sorang-sorang memang akan teringat dan sedih..Air mata pun automatic mengalir,tapi cepat-cepat lap air mata dan positivekan diri!Aja kena kuat demi anak aja!InshAllah will do!:))..First time tengok anak,terkedu..Hanya air mata mengalir tak henti..Tapi lepas 2-3times tengok dah okay..Tak sampai hati tengok anak penuh dengan wayar-wayar..Ada gambar tapi tak sanggup nak upload..:((..Muka anak ummi macam ummi la!Adala muka abah skit..hehe..:D..InshaAllah esok anak nak kena operate masuk battery dalam jantung..Aja mohon doa dari semua..Mudah-mudahan berjalan lancar..Panjang umur anak aja,inshaAllah..Selamat berhari raya semua,sedapnya daging qurban!Aja hanya mampu melihat..hihi..:D..Ok la,sampai sini dulu coretan aja..So..


TC N bUbye 4NOW..




Nota HAILA;Semua risau dekat aja..Tapi no worries..Allah uji aja dari masa mengandung lagi,jadi aja rasa inshaAllah ujian yang Allah beri buat aja lebih kuat..Harap-harap begitulah kan..;))

Saturday, October 12, 2013

Ya-Allah...

Ya-Allah,Engkau sedang menguji aku sebagai hamba-MU..Aku yang lemah dan rapuh..Namun Engkau pilih aku sebagai salah seorang yang mampu dan layak menerima ujian-MU..Jika Engkau tahu aku mampu dan kuat menghadapi ujian-MU ini..Aku mohon kekuatan dan ketabahan hati buat anak ku,diri ku,suami ku dan keluarga ku..Aku percaya dan yakin Engkaulah sebaik-baik perancang..Bantulah kami hamba-MU yang tak berdaya ini..Rabbi Yassir Wala tu'asir,Rabbi Tammin Bi Khair..

*Anak Ummi,b strong..Ummi really looking forward to hugs n kiss you..You are the reason why ummi can through this pain..:'(*

Friday, October 11, 2013

Alhamdulillah!11.10.2013!

Salam,Oya guys!SubhanAllah!Dunno how to describe my feelings,I praise to Allah!Everything went well..Im now Officially an Ummi to Our beloved Son!Things happens so fast!Gonna update later..Haven't meet my son yet..Since they bring him to IJN for checkup..Gotta be strong coz I am strong enough,inshaAllah..;))








Thursday, October 10, 2013

Happy Burfday MyLove!


Happy Burfday Abah!Sorry no celebration for this year and no special gift since ummi dah sarat sangat..But im sure you are looking forward to meet our little one!We both cant wait for that moment!;)

*advanced bday gift,a month awal ummi kasi!hihihi*


Even ummi dah macam ada tanda2 nak bersalin tapi maybe false alarm!Tak dapat on the same date pun,on the same month pun ok kan abah nya?;)..We love you so much!InshaAllah till Jannah!:)



With Love,
Ummi n Baby!

Monday, October 7, 2013

21days to go!

Salam,Oya guys!Haila!Since dah tahu date untuk ceaser..So dah start counting days..Nak kata takut tuh macam takde kot,more pada tak sabar!Kalau doctor bagi beranak sekarang pun aja nak!hahaha..Sebabnya dalam keadaan sarat sekarang dengan perut besar dan cepat senak pastu susah tidur kaki macam apam,jalan pun dah macam penguin memang sangat la tak larat dah rasanya!hahaha..Takdelah nak mengeluh..Haila!Cuma memang kadang-kadang rasa down jugak bila sikit-sikit sakit..Tapi tak pernah la pertikai kenapa Allah uji aja hamil dengan keadaan sekarang..Tak pernah langsung aja nak merungut kenapa aku mengandung susah ke ape..Dugaan setiap orang hamil ni lain-lain kan..Aja selalu tanam dalam hati,setiap sakit yang Allah bagi ni untuk hapuskan dosa-dosa kecil aja..InshaAllah..Bila dah alamai semua ni,baru la faham erti pengorbanan seorang ibu..Menyesal dulu selalu lawan umi!Tskkk!:(..Haila!Demi Allah tak senang nak jadi seorang ibu..Baru kita lebih sayang kat ibu kita bila kita rasa sendiri susah peritnya hamil..Tuh belum merasa beranak normal lagi..Tak dapat bayang sakit dia macam mana..Memandangkan aja akan beranak secara ceaseraen,takdelah seram sejuk sangat dengar pengalaman orang bersalin normal..hihihi..Cuma aja dah prepare mental untuk persediaan berpantang nanti which is aja rasa lebih susah nak jaga compared bersalin normal..Tapi apa-apa pun minta yang terbaik dari-NYA..Umi selalu pesan amalkan baca Al-Quran,zikir,surah Nabi Yunus dan Rabbiyasir walatuasir..Alhamdulillah bila tengah sakit tuh terkumat kamit mulut baca semua tuh,beransur-ansur hilang rasa sakit tuh..Lagi satu aja selalu amal baca ayatul kursi dengan ayat-7..Yakin dan percaya dengan kuasa doa,inshaAllah dipermudahkan oleh-NYA..;)






Haila!Bersyukur sangat hubby sekarang rajin masuk dapur since wife dia memang tak larat dah nak masak..Baru la tahu hubby ada bakat memasak gak,sepanjang setahun lebih kawen tak pernah hubby masak..Bila wife dah sarat ni baru tunjuk bakat!Lepas ni takley ngelat dah kata tak pandai!hehehe..:p





Haila!Berat memang naik dengan jayanya!Tapi its okay..Enjoy pregnancy moments..Lepas deliver wajib la lost weight!!!Kena kuat semangat!hehehe..:D..Oh yea,aja ingat lagi masa aja 20weeks doctor dengan confident cakap potensi baby untuk meninggal dalam perut sangat tingga..Everytime jumpa tu jela duk ulang cakap..Doctor yang dari US yang buat Fetal Echo pun cakap hal yang sama..Tapi sekarang lagi 21days je tinggal,Alhamdulillah elok je baby aja lam peyot neh!Doctor hanya boleh predict itu ini based on perubatan..Tapi yang menentukan semuanya kan Allah S.W.T..Selagi kita yakin dan percaya akan kekuasaan-Nya,InshaAllah semuanya baik-baik sahaja..Jangan pernah berhenti berharap dan berdoa..Kerana Dia sentiasa mendengar doa hamba-NYA..InshaAllah..:)..Allah beri aja ujian sebab Dia tahu aja kuat untuk lalui semua ni..:)..Ok lah,doakan semoga semuanya selamat dan berjalan dengan lancar..InshaAllah..Sampai ketemu lagi!So..

TC N bUbye 4NOW!




Nota HAILA;Aja duk kira by days,hubby pulak kira by weeks!Aja kata lagi 21days!Hubby pulak kata lagi 3weeks!Dahtu tak sama ke 21days ngan 3weeks tuh?Nampak sangat sama-sama  excited nak jumpa baby lam peyot ni!hihihi..:p

 
blog template by suckmylolly.com